
Beliau berkata standard sistem PRU di Malaysia yang sekian lama digunapakai adalah hampir sama seperti di negara lain malah turut mempunyai tatacara operasi standard (SOP) yang ketat.
“Kita buat PRU di negara ini semua ikut SOP yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jadi tak perlu siapa-siapa nak jenguk sebab semua dah ikut peraturan.
“Masa Tun Dr Mahathir Mohamad jadi perdana menteri dahulu semua PRU dia kata telus, ini bila jadi pembangkang dia pula minta orang lain tengok seolah dia tidak percaya sistem itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Muafakat Komuniti dan Pemimpin Bersama Rakyat di Felda Lubuk Merbau hari ini.
Beliau mengulas laporan media mengenai kenyataan Timbalan Presiden Pakatan Harapan Mohamad Sabu menggesa duta negara-negara Eropah ke Malaysia meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melaksanakan PRU yang adil.
Mohamad turut dilapor menggesa negara-negara Eropah berkenaan memohon kepada kerajaan Malaysia untuk membenarkan mereka menghantar pemantau PRU antarabangsa.
Ia susulan pertemuan antara pemimpin Pakatan Harapan diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad bersama 16 duta negara-negara Kesatuan Eropah (EU) baru-baru ini di ibu negara.