Pemandu lori ais didakwa sebabkan 9 kematian

Pemandu lori ais didakwa sebabkan 9 kematian

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM6,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 27 Februari depan.

Muhamad-Eizat-Hazmi
TAPAH:
Seorang pemandu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian pada Oktober tahun lalu.

Muhamad Eizat Hazmi, 22, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kenderaan secara melulu sehingga menyebabkan kematian 9 individu di KM45 Jalan Ipoh-Teluk Intan pada kira-kira 6.45 pagi pada 28 Oktober 2016.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda hingga RM20,000 serta penggantungan lesen memandu, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM6,000 dan menetapkan sebutan semula kes pada 27 Februari depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Farahiyah Nadzri, manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh Sindhu.

Pada 28 Oktober lalu, seramai 9 termasuk 8 wanita berusia antara 32 dan 82 tahun maut selepas van pekerja yang membawa mereka ke tempat kerja di ladang berhampiran, tiba-tiba bertembung dengan sebuah lori ais yang dipandu Muhamad Eizat,

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.