
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Zakaria Arshad, berkata penggiat industri berhadapan isu paras simpanan MSM tinggi, dan pengukuhan ringgit memberi tekanan ke atas harga MSM pada sekitar RM2,500 setan.
“Keputusan ini tepat pada masanya dan cara berkesan untuk mengurangkan paras simpanan MSM, serentak dengan peningkatan permintaan dari China untuk Tahun Baru Cina.
“Berdasarkan perkembangan ini, kami menjangkakan peningkatan 30% hingga 50% jumlah eksport ke negara pengimport utama seperti India, Pakistan, China dan Eropah. Ini akan membolehkan kami meningkatkan bekalan kepada kilang penapis usaha sama kami di Pakistan pada harga lebih kompetitif,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.
Zakaria berkata berdasarkan situasi ini, FGV menjangka harga purata MSM bagi suku pertama 2018 meningkat sedikit dengan dagangan antara RM2,650 dan RM2,750 setan.
Sementara itu, mengulas prestasi 2017, beliau berkata operasi perniagaan teras FGV sangat baik, dengan pertumbuhan positif dalam pengeluaran tandan buah segar berbanding 2016.
“Bagi 2018, kami komited melaksanakan Pelan Strategik 2020 menerusi prestasi perniagaan teras yang lebih baik, kedudukan kewangan lebih kukuh, meningkatkan tadbir urus dalam semua sektor dan budaya yang tinggi dalam menyampaikan nilai mampan kepada pemegang kepentingan,” katanya.