
The Jakarta Post melaporkan, polis Tanjungjabung Barat di Jambi sedang cuba mengesan Harjid Singh dan seorang lagi suspek yang juga pengarah syarikat pemprosesan pinang, PT Sari Nurto.
Polis menghubungi pihak imigresen untuk menghalang kedua-dua suspek daripada lari ke luar negara.
“Polis sedang menyiasat secara mendalam kes ini. Kami telah menyoal 12 orang yang membuat laporan,” kata Ketua Polis Tanjungjabung, ADG Sinaga dipetik Jakarta Post.
Gudang syarikat terbabit di kampung Sungai Sare, daerah Bram Itam juga disita polis sebagai langkah keselamatan.
Laporan mengenai penggelapan wang itu dibuat peniaga yang mengadu tidak mendapat bayaran daripada syarikat tersebut.
Salah seorang peniaga, Andi Nawir, berkata dia mengalami kerugian sebanyak 350 juta rupiah (RM105,000) selepas menjual buah pinang itu kepada syarikat terbabit sejak 6 bulan lalu.
Katanya, beliau berminat menjual pinang kepada Harjid kerana syarikatnya membeli dengan harga yang lebih tinggi.
Syarikat itu menawarkan 20 hingga 22 rupiah setiap kg pinang, lebih tinggi berbanding harga pasaran yang rata-ratanya 16 rupiah sekilogram.
“Syarikat itu biasanya membayar selepas 3 kali penghantaran. Ia mencecah 10 tan bagi setiap penghantaran (yang dibenarkan),” kata Andi.