Lelaki berbogel tunggang motosikal cetus tanda tanya

Lelaki berbogel tunggang motosikal cetus tanda tanya

Orang ramai tertanya sama ada lelaki terbabit kurang siuman atau sengaja berbuat demikian.

lelaki-bogel
TELUK INTAN: Suasana tenang di Teluk Intan bertukar kecoh petang tadi apabila seorang lelaki dengan selamba menunggang motosikal dalam keadaan berbogel di sekitar bandar ini.

Malah, kejadian berkenaan turut tular di media sosial dan mencetuskan persoalan kepada orang ramai sama ada ada lelaki terbabit kurang siuman atau sengaja bertindak sedemikian.

Dalam rakaman video tersebut, penunggang motosikal itu tidak memakai topi keledar dan tanpa seurat benang pada tubuhnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.

“Tiada pihak yang tampil memberi penjelasan berhubung perkara itu setakat ini dan kita turut giat mengesan identiti lelaki terbabit,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.