
Beliau berkata, konsulat yang mampu memuatkan 4,000 orang itu baru dibuka seminggu lalu untuk tujuan penyerahan pasport dan permit kerja, namun ia tidak menyediakan tempat duduk atau menunggu bagi pelawat menyebabkan warga Bangladesh terpaksa “berlonggok” di luar konsulat.
“Saya dapat aduan dari penduduk Ampang dengan lalu lintas (sesak), kotor dan (mereka) berlonggok macam satu perkampungan di Pekan Ampang.
“Sepatutnya dia (konsulat) kena kemaskan semua sebelum memulakan operasi, tapi sistem tak ada, tempat tak selesai lagi membawa operasi itu ke Pekan Ampang,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Terdahulu, Zuraida menemui Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh Ke Malaysia, Md Shahidul Islam bagi membincangkan masalah itu.
Zuraida berkata, beliau mengemukakan cadangan kepada Shahidul supaya konsulat itu beroperasi selepas 12 tengah malam.
“Orang tak ada di situ pukul 12 malam sampai 7 pagi,” katanya.
Beliau turut menggesa Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengeluarkan garis panduan bagi penempatan kedutaan atau konsulat untuk memastikan masalah itu tidak berulang.
“Pihak berkuasa tempatan boleh pantau bila dia (konsulat atau kedutaan) mohon menyewa sesuatu bangunan di kawasan ini, kita minta dia harus penuhi (syarat itu).”
Beliau berkata, pihaknya turut meminta Majlis Perbandaran Ampang Jaya membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di sekitar konsulat itu.