Syed Saddiq bertemu Sheila Majid, tiada kena mengena politik

Syed Saddiq bertemu Sheila Majid, tiada kena mengena politik

Pertemuan hampir sebulan selepas komen Twitter penyanyi itu yang mengundang kemarahan pemimpin Umno.

Syed-Saddiq_Sheila-Majid_600
PETALING JAYA:
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini berkongsi gambar beliau bersama penyanyi Sheila Majid, yang bukan lalu diserang pemimpin Umno kerana komen yang dilihat kritikal terhadap dasar ekonomi kerajaan.

Ketua Pemuda PPBM itu berkata pertempuan itu tiada kena mengena dengan politik.

“Ia cuma pertemuan biasa di satu majlis Tahun Baru,” katanya ketika dihubungi FMT.

“Bersama ratu jazz @missmajid. Satu penghormatan!,” kata Saddiq di Instagram.

Komen Sheila di Twitter awal bulan lepas mengundang reaksi keras daripada pemimpin Umno, ketika mereka sedang bersiap sedia untuk persidangan mesyuarat agung tahunan parti pada 5 Disember.

““Makanan mahal, ringgit lemah, kos sara hidup tinggi & pekerjaan sukar didapati. Rakyat Malaysia semakin letih & marah kerana dihimpit hutang yang bukan kita cipta.

“Cukuplah beralasan & cari kesalahan. Tumpu pada tugas meletakkan negara kembali ke landasan! Mengecewakan!” kata penyanyi itu yang terkenal dengan lagu seperti “Sinaran” dan “Antara Anyer dan Jakarta”.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.