
Juara catur dari Ukraine, Anna Muzychuk, 27, memenangi 2 gelarannya di kejohanan catur di Doha, Qatar tahun lepas.
Bagaimanapun tahun ini, Anna enggan menghadiri kejohanan catur anjuran Persekutuan Catur Dunia (FIDE) di Arab Saudi.
Menurut Anna, beliau membantah layanan Arab Saudi terhadap perempuan yang dilayan seperti “makhluk yang tidak berapa penting”, lapor StepFeed, memetik laporan The Guardian.
“Dalam masa beberapa hari lagi, saya akan kehilangan 2 gelaran juara dunia kerana saya tidak mahu ke Arab Saudi,” kataya,
Beliau berkata 2 gelaran yang dimenangi tahun lepas merupakan saat paling gembira buat dirinya tetapi bertegas dengan pendirian untuk tidak menyertai acara yang menjanjikan ganjaran lebih besar daripada apa yang diperolehinya dalam puluhan acara lain.
“Saya tidak mahu bermain menurut peraturan orang lain, tidak memakai abaya, tidak perlu ditemani apabila keluar, dan sekaligus tidak berasa diri saya seperti makhluk yang tidak berapa penting.”
Kanak Anna, Mariya, yang juga seorang pemain catur turut memutuskan untuk tidak menghadiri acara itu.
Menurut portal The Independent, Arab Saudi membelanjakan AS$1.5 juta untuk menjadi tuan rumah acara “King Salman Rapid and Blitz 2017”. Kejohanan itu menjanjikan ganjaran AS$2 juta.
FIDE pada November mengumumkan suatu persetujuan dengan penganjur telah dicapai di mana peserta wanita hanya peru memakai sut seluar biru gelap atau hitam dan blaus berkolar tinggi.
“Tidak perlu memakai tudung atau abaya pada perlawanan, ini pertama kali persetujuan sebegitu dicapai untuk acara sukan di Arab Saudi,” menurut kenyataan rasmi FIDE.
Sejak kebelakangan ini, Arab Saudi dilihat melaksanakan bebrapa langkah penting untuk memulihkan hak wanita seperti membenarkan mereka memandu, bertanding pilihan raya tempatan.
Syarat menetapkan wanita perlu mendapatkan izin penjaga lelaki dalam membuat keputusan penting dalam hidupnya juga dionggarkan.
Sebelum ini dilaporkan pemain Israel gagal mendapat visa untuk menyertai kejohanan catur anjuran Arab Saudi minggu ini kerana , kata naib presiden FIDE pada Ahad.