
Portal The Indian Express melaporkan peguam itu, Gurmeet Singh, berkata menunjukkan “jari tengah” bukan sahaja gerak isyarat yang menyinggung tetapi juga bermusuhan, kesat, menjelikkan dan lucah, maka ia menyalahi Kanun Keseksaan negara itu.
“Mengikut Seksyen 354 dan 509 Kanun Keseksaan India, adalah satu kesalahan menunjukkan gerak isyarat menjelikkan, lucah dan menyinggung kepada wanita. Oleh itu penggunaan gerak isyarat lucah, menyinggung dan menjelikkan oleh mana-mana orang adalah menyalahi undang-undang,” kata notis itu.
Gurmeet menambah, menunjukkan gerak isyarat jari tengah juga satu kesalahan di Ireland.
“Dengan menawarkan emoji ‘jari tengah’ dalam aplikasi kamu, kamu (WhatsApp Inc) secara langsung bersubahat dalam pengunaan gerak isyarat yang menyinggung, lucah dan menjelikkan,” kata notis itu.
Emoji adalah imej digital kecil yang digunakan untuk menyatakan perasaan atau idea.
Gurmeet mengancam akan memfailakn kes sivil atau jenayah jika WhatsApp Inc gagal mengeluarkan emoji itu dalam tempoh 15 hari.