Erdogan: Mustahil teruskan usaha damai dengan Assad ‘pengganas’

Erdogan: Mustahil teruskan usaha damai dengan Assad ‘pengganas’

Turki berkata usaha damai mustahil diteruskan dengan seorang presiden yang membunuh hampir sejuta rakyat sendiri.

Erdogan-Bashar-al-Assad
TUNIS: Presiden Turki Tayyip Erdogan hari ini menggelar Presiden Syria Bashar al-Assad seorang pengganas dan berkata usaha damai Syria mustahil diteruskan dengannya.

Turki pernah menuntut penyingkiran Assad daripada kuasa dan menyokong pemberontak bertempur untuk menyingkirkannya, tetapi melembutkan tuntutan selepas Turki mula bekerjasama dengan sekutu Assad iaitu Rusia dan Iran untuk mencari penyelesaian politik.

“Assad pastinya pengganas yang telah melakukan terorisme kerajaan,” kata Erdogan pada sidang media bersama rakan sejawat dari Tunisia, Beji Caid Essebsi di Tunis.

“Mustahil untuk teruskan dengan Assad. Mana mungkin kita mendakap masa dengan bersama seorang presiden Syria yang telah membunuh hampir sejuta rakyat sendiri?” katanya.

Walaupun Turki sekian lama menuntut Assad disingkirkan, ia di Syria kini tertumpu kepada ancaman militan Islamis dan Kurdis yang dianggap sekutu Parti Buruh Kurdistan (PKK), yang menurut Turki membentu suatu “koridor pengganas” di sempadan selatannya.

Turki berkata militan Kurdis Syria, YPG, yang dianggap Ankara sebagai cabang PKK yang diharamkan yang memberontak di tenggara Turki sejak 1980-an, tidak boleh dijemput ke rundingan damai Syria di ibu negara Kazakhstan, Astana.

YPG unsur utama angkatan yang dibantu Washington dengan latihan, persenjataan, sokongan udara dan dan bantuan daripada penasihat di lapangan dalam pertempuran melawan IS. Sokongan AS menyinggung Ankara, salah satu negara sekutu NATO.

Walaupun terdapat perbezan pendirian dengan Rusia dan Iran, Turki bekerjasama dengan mereka untuk mencari penyelesaian politik di Syria.

Ankara, Moscow dan Tehran juga menjadi orang tengah dalam perjanjian mengadakan dan memantau zon meredakan keterangan bagi mengurangkan pertempuran antara pemberontak dan tentera kerajaan Syria di wilayah Idlib yang dikuasai pemberontak.

“Kita tidak boleh kata Assad akan uruskan hal ini. Mustahil bagi Turki untuk terima. Syria utara sudah diserahkan menjadi koridor pengganas. Tidak ada kedamaian di Syria dan keamanan ini tidak mungin berlaku dengan Assad,” kata Erdogan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.