Adun BN sedia bantu SPRM isu ‘skandal’ tanah Selangor

Adun BN sedia bantu SPRM isu ‘skandal’ tanah Selangor

Adun Permatang berkata sebagai orang yang mendedahkan perkara itu di DUN Selangor, beliau sedia memberi keterangan.

Datuk-Sulaiman-Abdul-Razak
PETALING JAYA: Adun Permatang dari Barisan Nasional (BN) sedia membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan berhubung isu pemberian tanah di Kampung Sungai Yu, di Tanjung Karang.

“Saya mengalu-alukan siasatan SPRM keatas isu tanah Kampung Sungai Yu,” kata Datuk Sulaiman Abdul Razak.

“Tiada masalah kalau keterangan saya diperlukan oleh SPRM untuk saya di panggil,” katanya.

Isu pemberi tanah Sungai Yu timbul apabila Sulaiman menerusi Dewan Negeri Selangor pada 7 November mendakwa kerajaan negeri memberi tanah kepada “kroni” menggunakan maklumat palsu.

Katanya, berdasarkan risikan yang dibuat pihaknya, seramai 18 penerima tanah kawasan Sungai Yu di DUN Permatang diberikan oleh kerajaan negeri menggunakan kad pengenalan palsu.

Sulaiman berkata setakat ini pihaknya tidak mempunyai sebarang maklumat baru berhubung perkara itu selain yang didedahkan pada November lalu pada sidang media di DUN.

SPRM sebelum ini merekodkan keterangan lebih 15 orang termasuk seorang exco berhubung siasatan terhadap skandal tanah di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, antara yang turut diambil keterangan termasuk ahli-ahli jawatankuasa pemilihan tanah Sungai Yu dan kakitangan di pejabat tanah.

Pada 18 Disember lalu, Hannah Yeoh yang mengetuai badan yang bertanggungjawab mengenai ketelusan, Selcat, mengakui wujud pelanggaran syarat dalam proses pemberian tanah di Kampung Sungai Yu berdasarkan maklumat Pejabat Tanah dan Daerah (PTD).

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.