
Timbalan ketua menteri Sabah itu berkata, sebanyak 1,410 koperasi dengan kekuatan 318,891 ahli didaftarkan sehingga 30 Jun lalu.
“Jumlah modal saham dan yuran terkumpul sebanyak RM169.6 juta dan aset sebanyak RM774.5 juta.
“Manakala jumlah perolehan yang dicatatkan untuk tempoh 6 bulan pertama tahun ini ialah RM199.1 juta. Perolehan ini mewakili 61.2% daripada jumlah perolehan akhir tahun lepas sebanyak RM323.8 juta,” katanya ketika berucap pada mesyuarat Majlis Perundingan Koperasi Negeri (MPKN) hari ini.
Yahya yang juga pengerusi MPKN berkata, statistik itu membuktikan program kesedaran Suruhanjaya Koperasi Malaysia berjaya membuka fikiran orang ramai dan beliau berharap koperasi di Sabah semakin mampan, berdaya saing dan mampu memartabatkan gerakan koperasi dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi rakyat.
Menteri pertanian dan industri makanan Sabah itu turut mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Musa Aman kerana koperasi di negeri itu julung kali mendapat peruntukan dalam Bajet Sabah 2018.
“Dana berbentuk pinjaman mudah sebanyak RM10 juta diberikan kepada Koperasi Pegawai-pegawai Kerajaan Sabah Berhad (Kopeks), manakala RM3 juta lagi diperuntukkan kepada koperasi yang baru memulakan perniagaan dalam bentuk geran pembangunan,” kata Yahya.
Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan koperasi dapat meringankan kos sara hidup untuk mereka yang berpendapatan rendah, terutamanya golongan berpendapatan rendah (B40).
Pada mesyuarat itu, Yahya menyerahkan cek bantuan kepada 2 koperasi iaitu Koperasi Keluarga Dehamboi Gunsak Kota Belud Berhad sebanyak RM40 ribu dan Koperasi Karanahan Kota Belud Sabah Berhad sebanyak RM50 ribu.
Musa Aman: Rekod lebihan belanjawan Sabah 16 tahun berturut-turut
Musa Aman bentang bajet lebihan Sabah 4 tahun berturut turut
Musa letak Sabah di landasan yang betul, kata pembantu menteri