10 rumah dihanyutkan banjir di Keningau

10 rumah dihanyutkan banjir di Keningau

Tiada kemalangan jiwa berlaku kerana semua penghuni sudah berpindah ke kawasan selamat.

rumah-keningau
KENINGAU:
Sekurang-kurangnya 10 rumah di Kampung Pampang runtuh dan dihanyutkan banjir kilat yang melanda daerah ini mulai tengah hari tadi akibat limpahan air dari Sungai Pampang.

Menurut Pegawai Bomba Kanan 1, Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Jaree Mohamad, tidak ada kemalangan jiwa berlaku kerana semua penghuni bertindak awal berpindah ke kawasan selamat.

Menurut Jaree beberapa buah rumah lagi di Kampung Contoh turut dinaiki banjir sedalam kira-kira setengah meter.

Tinjauan Bernama di Kampung Limbawan kira-kira jam 9.00 malam tadi pula mendapati, laluan utama ke kampung itu ditutup berikutan paras air Sungai Pampang yang semakin meningkat.

Polis trafik juga dilihat berjaga di laluan masuk kampung berkenaan sambil menasihatkan penduduk agar memindahkan kenderaan ke kawasan tinggi di sepanjang jalan menghala bangunan Masjid Pekan Keningau.

Adun Liawan Datuk Sairin Karno yang meninjau kawasan terjejas menasihatkan penduduk berisiko banjir agar berpindah di kawasan selamat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.