Najib: Pembatalan IMAMS tindakan tepat

Najib: Pembatalan IMAMS tindakan tepat

Perdana menteri juga tidak bersetuju dengan sistem itu yang dilihat akan mengakibatkan penambahan kos mengerjakan umrah.

najib-haji
KUALA LUMPUR:
Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pembatalan pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (IMAMS) bagi permohonan visa umrah sebagai tindakan tepat.

“Saya tidak bersetuju sistem IMAMS dikenakan untuk urusan visa umrah. Pengumuman ia dibatalkan adalah sangat tepat,” kata perdana menteri menerusi akaun Twitter.

Pembatalan IMAMS diumumkan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini.

Susulan pembatalan sistem IMAMS, Mas Ermieyati berkata kerajaan akan mencari kaedah baharu yang lebih berkesan bagi menangani penipuan pakej umrah.

Dalam sidang media semalam, Mas Ermieyati memberitahu pelaksanaan IMAMS, yang merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, bertujuan menutup ruang penipuan pakej umrah di negara ini.

Antara lain, IMAMS mengenakan caj tertentu yang menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat kerana dilihat akan mengakibatkan penambahan kos bagi mengerjakan umrah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.