Pemain bawah 22 tahun atas pilihan Cheng Hoe

Pemain bawah 22 tahun atas pilihan Cheng Hoe

Pengurus pasukan B-22 Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata pemain muda yang bakal dipilih perlu berkebolehan untuk ditempatkan dalam skuad kebangsaan.

Tan-Cheng-Hoe
MELAKA:
Pengendali baharu skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe diberi kebebasan memilih mana-mana pemain dalam barisan skuad bawah 22 tahun (B-22) Malaysia dalam usaha memantapkan semula pasukan bolasepak negara.

Pengurus pasukan skuad B-22 Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata pemain muda yang bakal dipilih perlu berkebolehan untuk ditempatkan dalam skuad kebangsaan dan pihaknya mengalu-alukan lamaran tersebut mengikut keputusan Cheng Hoe.

“Kalau beliau (Cheng Hoe) membuat pilihan untuk mengambil pemain muda ia sesuatu yang baik bagi pasukan B-22 kerana skuad kebangsaan memerlukan pelapis bakal menggantikan pemain senior pada masa depan.

“Lebih cepat pemain muda diserap dalam pasukan kebangsaan, lebih cepat mereka dapat meningkatkan diri membuat persediaan menyertai skuad utama negara, namun keputusan tersebut terserah kepada Cheng Hoe,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan Melaka United menentang pasukan Negeri Sembilan di Stadium Hang Jebat, Krubong malam tadi.

Pasukan Melaka United tewas 2-1 pada aksi persahabatan pra musim setelah pasukan pelawat menjaringan dua gol menerusi dua pemain importnya Ivan Fatic dan Andre Zinho masing-masing pada minit ke-72 dan ke-87.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.