
Mangsa dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi tadi dikenal pasti sebagai Evelyn Ang Gek Suan , 44, Amiruddin Hamid, 37 dan Ahmad Hadafi Jus, 42.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp berkata, peserta sebelum itu memulakan larian mereka dari Stadium Pandamaran dan melalui beberapa tempat di kawasan Klang Utara.
Ang parah di bahagian kepala dan rahang, Amiruddin cedera di kepala dan Hadafi mengalami kecederaan di kaki, manakala pemandu itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Mazelan berkata, siasatan awal mendapati pemandu itu tidak berada dalam keadaan mabuk semasa kejadian dan ujian air kencing turut mendapati dia negatif dadah.
Semua mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.