
Umno juga katanya lahir daripada rahim yang suci dan kudus iaitu untuk membebaskan penjajahan demi menjaga bangsa dan negara.
“Allah sayangkan Umno, Allah jaga keutuhan Umno walaupun ada cucukan hitam syaitan. Solidariti ahli makin teguh makin diuji makin kuat. Inilah petanda awal kemenangan majoriti 2/3 dalam pilihan raya,” katanya, ketika berucap membahaskan usul agama.
Beliau sehubungan itu menggesa ahli Umno agar tidak lalai dalam menjalankan tugas mereka kepada rakyat.
“Kita kena ambil iktibar dan jangan lalai. Keberadaan kita di sini, di dalam dewan ini kententuan Allah. Allah bila masa boleh hukum kalau kita alpa tugas dan tanggungjawab kita.
“Kalau kita tengok keturunan Umno, Umno lahir dari rahim yang suci dan kudus. Nak bebaskan negara dari penjajah. Tegaknya Umno kerana nak jaga agama dan kedudukan raja Melayu dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu,” katanya.
Berbeza dengan pembangkang, beliau berkata parti lawan lahir dari perasaan kecewa.
“Parti pembangkang mereka telah sedia maklum lahir dari perasaan kecewa. Kalah dalam pertandingam tersingkir, dari jawatan timbalan perdana menteri, tak dpt projek pun marah parti kita,” katanya.
Beliau berkata, perjuangan Umno adalah meletakkan pemerintahan beragama Islam secara berperingkat dan menyeluruh.
“Rupa paras wadah perjuangan Umno sangat cantik tapi ada upaya jaga bahasa agama tanah air. Wadah perjuangan Umno jelas. Wadah perjuangan org lain tidak jelas.
“Perjuangan Umno melalui kebijaksanaan kepimpinan meletakkan Malaysia negara Islam contoh diiktiraf dunia.
“Menegakkan pemerintahan oleh orang Islam. Kita tak khayalkan rakyat dan umat.
“Buat hudud selesai semua? tidak…tapi kita bina asas melalui sirah kenegaraan dibina Nabi Muhammad. Kalau kita teliti banyak kebersamaan yang kita boleh lihat,” katanya lagi.
Beliau turut menyeru anak-anak Kelantan di luar negeri itu memberikan peluang kepada Umno dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Tambahnya, peluang itu perlu diberikan kepada Umno dan Barisan Nasional demi kemajuan Kelantan.
“Saya nak menyeru rakyat Kelantan khususnya di luar kelantan. Berilah kami peluang dalam PRU14 untuk majukan kelantan.
“Pelbagai perancangan kami buat. Kami memerlukan kerajaan yang kuat sealiran dengan kerajaan persekutuan supaya agenda pembangunan Kelantan dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya.