Khaled jawab isu rasuah Isnin ini

Khaled jawab isu rasuah Isnin ini

Bercakap kepada pemberita di luar Persidangan Penggal Ke-5 DUN ke-13, Mohamed Khaled berkata beliau sedar mengenai isu itu dan bersedia menjawab tohmahan tersebut.

Mohamed-Khaled_rasuah_600
ISKANDAR PUTERI:
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin akan menjawab dakwaan mengaitkan dirinya dengan rasuah hartanah pada sesi penggulungan perbahasan Bajet 2018 di persidangan DUN Johor Isnin ini.

Bercakap kepada pemberita di luar Persidangan Penggal Ke-5 DUN ke-13, Mohamed Khaled berkata beliau sedar mengenai isu itu dan bersedia menjawab tohmahan tersebut.

“Sebenarnya (ini) perkara mahkamah (perbicaraan sedang berlangsung), jadi tidak boleh cakap di luar (DUN), tunggu Isnin. I’m not going to run, I’m here (Saya tidak akan lari, saya ada di sini),” katanya.

Isnin lepas, Adun Senai Wong Shu Qi dalam perbahasannya pada persidangan itu, membangkitkan dakwaan terhadap Mohamed Khaled yang dituduh menerima sejumlah wang daripada pemaju untuk mengubah status perumahan lot bumiputera kepada lot bukan bumiputera.

Ini susulan penyebaran beberapa dokumen yang dimuat naik oleh sebuah blog yang didakwa kenyataan seorang saksi semasa siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes skandal hartanah membabitkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Abd Latif Bandi.

Susulan tindakan blog itu, saksi SPRM tersebut dipercayai membuat laporan polis semalam bagi meminta polis menjalankan siasatan terhadap pemilik blog berkenaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.