Waytha: Hindraf akan bekerjasama dengan Pakatan

Waytha: Hindraf akan bekerjasama dengan Pakatan

Pengerusi Hindraf berkata gerakan hak asasi Hindu tu muak dengan politik tidak jujur Barisan Nasional bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Razak.

waytha-harapan-15
PETALING JAYA:
Hindraf mengumumkan mereka akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) di pilihan raya umum.

Pengerusi Hindraf P Waythamoorthy berkata gerakan hak asasi Hindu itu akan membantu PH menggesa masyarakat India di luar bandar dan separa bandar mengundi gabungan pembangkang dan menolak BN.

“Hindraf akan memainkan peranan penting untuk PH dengan bergerak di lapangan dan menyampaikan undi orang India luar bandar dan separa bandar.

“Hindraf akan bekerjasama dengan PH untuk menamatkan kleptokrasi dan rasuah yang melumpuhkan seluruh masyarakat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum,” katanya.

Pada Ogos, Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan Hindraf membincangkan prospek gerakan hak asasi Hindu itu menyertai gabungan pembangkang.

Bulan lalu, Dr Mahathir berkata beliau belum menerima permohonan rasmi daripada NGO itu.

Sementara itu, Waythamoorthy berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memperjuangkan 1Malaysia dan kesederhanaan dalam agama tetapi dalam masa yang sama melindungi “individu tertentu” dan mengalakkan ekstremisme.

“Beliau mengalakkan ekstremisme untuk meraih sokongan orang Melayu tetapi ia meletakkan duluan yang sangat berbahaya.”

Waythamoorthy membidas Pelan Tindakan India Malaysia (MIB) yang diperkenalkan melalui Unit Khas Program Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (Sedic), mendakwa perdana menteri itu cuba memperdayakan masyarakat India.

Beliau berkata jutaan dana bertujuan untuk disampaikan kepada masyarakat India melalui unit perancangan ekonomi dan Sedic disalurkan MIC dan NGO mereka.

MIB, yang dilancarkan pertengahan tahun ini mahu memperbaik pendapatan dan tahap kemewahan masyarakat India berpendapatan 40% terendah, memperbaik capaian pendidikan, dan meningkatkan pembabitan masyarakat India dalam fabrik sosial negara.

Ramai pihak bagaimanapun menepis MIB sebagai helah pilihan raya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.