
Semalam, seorang pengurus projek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Melaka dilaporkan direman 6 hari bagi kes sama.
Penahanan pesawah itu dibuat untuk siasatan kes penyelewengan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) bernilai kira-kira RM2.54 juta melibatkan 56,700 kampit baja sejak awal tahun lepas.
Dalam pada itu, sumber SPRM memaklumkan pesawah itu ditahan di pejabat SPRM Melaka pada 8.30 malam Selasa, selepas dia hadir untuk memberi keterangan.
Katanya, suspek bersama pengurus projek terbabit mengusahakan projek penanaman padi seluas 55 ekar (22.2 hektar) yang dipajak di Merlimau.
Sumber itu berkata, SPRM turut menyita sebuah kereta mewah jenis Audi A4 yang dipercayai dibeli menggunakan hasil jualan baja.