
China Press melaporkan kejadian kira-kira 6.15 pagi Ahad lalu itu berlaku di Surau Al-Huda di Damansara Damai, di sini.
Ketika kejadian, kira-kira 20 jemaah dan bilal sedang menunaikan solat subuh.
Kejadian itu disedari seorang daripada jemaah dan mereka sempat memadamkan api di pintu pagar.
Satu botol arak berisi petrol ditemui di pintu pagar surau berkenaan.
Menurut sumber, ada saksi mendakwa bom petrol itu dilempar 2 lelaki.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata, tiada kecederaan dilaporkan dan polis sudah mengambil keterangan daripada saksi dan pihak berkaitan.
Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.