Naib presiden MIC kini senator

Naib presiden MIC kini senator

Mohan juga pernah pegang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan bagi 2009 hingga 2013 manakala.

T.Mohan1
KUALA LUMPUR:
Naib Presiden MIC Datuk T Mohan hari ini angkat sumpah sebagai senator buat kali pertama bagi tempoh 3 tahun di Dewan Negara hari ini.

Senator Datuk Shahanim Mohamad Yusoff pula mengangkat sumpah untuk penggal kedua. Kedua-duanya mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S A Vigneswaran.

Mohan ketika ditemui pemberita selepas upacara itu berterima kasih kepada kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam atas pelantikan tersebut.

“Menerusi pelantikan ini, saya percaya saya akan buat lebih lagi kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Shahanim berkata beliau akan terus memperjuangkan nasib golongan wanita dan ibu tunggal.

Mohan pernah memegang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan bagi tempoh 2009 hingga 2013 manakala Shahanim merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Kedah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.