Wanita gantung poster luar rumah cari calon suami

Wanita gantung poster luar rumah cari calon suami

Sompong Chomphuprapet sebelum ini gagal dalam 2 perkahwinannya, seorang lelaki Thailand kaki botol manakala suami keduanya seorang lelaki Jerman.

wanita-poster
fmt-ohsem-inside-article1Seorang wanita berusia 65 tahun dari Ubon Ratchathani, Thailand menjadi perhatian apabila menggunakan pendekatan baharu untuk mencari pasangan hidup.

Sompong Chomphuprapet mengambil langkah menggantung poster di pintu pagar rumahnya dan mempelawa mana-mana lelaki yang berminat dengannya boleh mendapatkan maklumat terperinci dengan mengunjungi rumahnya itu.

“Wanita berusia 65 tahun mencari teman lelaki berusia 60-70 tahun. Janda pencen. Saya baik hati, ikhlas dan sihat. Sekiranya anda berminat, hubungi saya di sini,” tulis poster itu.

“Saya hanya mahukan lelaki yang baik untuk menemani saya. Hidup sendirian begitu sepi dan menyedihkan,” katanya kepada wartawan sebuah agensi berita.

Chomphuprapet sebelum ini gagal dalam 2 perkahwinannya, seorang lelaki Thailand kaki botol manakala suami keduanya seorang lelaki Jerman.

Dia ke Jerman untuk bekerja dan berkahwin dengan lelaki tempatan selama 13 tahun sebelum pulang semula ke Thailand selepas bercerai.

Berbeza dengan laman temu janji seperti Tinder atau Bumble atau mana-mana aplikasi yang lain, Chomphuprapet nampaknya lebih percaya kepada pencarian tradisional.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.