
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam kenyataan berakta dakwaan itu “pembohongan terang-terangan”.
Beliau menjelaskan walaupun projek itu dibiayai pinjaman lunak daripada Bank Export dan Import China (Exim), pinjaman itu berjumlah RM4.53 bilion dan bukan RM100 bilion.
Beliau berkata RM4.53 bilion itu mewakili keseluruhan kos projek dan akan dijamin kerajaan persekutuan.
“Dengan jaminan itu, SSER tidak perlu mencagarkan mana-mana blok minyak dan gas Malaysia cagaran kepada China,” katanya, merujuk kepada pemilik dan pemaju projek itu, Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd.
SSER milik penuh Kementerian Kewangan.
Sementara itu, Biro Laluan Paip Petroleum China (CPP) adalah kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan penjayaan projek itu.
Rahman berkata oleh kerana urusan tanah bawah bidang kuasa kerajaan negeri, projek itu tidak boleh diteruskan tanpa kerjasama antara kerajaan Sabah dan Persekutuan.
“Bahan binaan, peralatan dan buruh untuk membina laluan paip daripada sumber tempatan dan luar negara, seperti mana projek prasarana lain seperti Transit Aliran Massa (MRT) dan Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL),” tambahnya.
“Melalui projek prasarana tenaga sepentng ini, Sabah boleh menaiki rantaian nilai dan menambah nilai pada komoditi dan bahan mentah tempatan.
“Ini akan mengurangkan kebergantungan kerajaan negeri kepada industri utama dan mencipta pekerjaan untuk rakyat di serata negeri, lalu meningkatan tingkat pendapatan mereka.”