
“Kita sememangnya sudah mempunyai rekod sekolah yang daif di Sabah…kita akan laksanakan (kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah daif ini),” katanya kepada pemberita.
Dalam pembentangan Bajet 2018 pada 27 Oktober lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga menteri kewangan mengumumkan peruntukan masing-masing RM1 bilion untuk Sabah dan Sarawak untuk kerja menyelenggara dan baik pulih sekolah daif di kedua-dua negeri berkenaan.
Maimunah berkata dengan peruntukan itu lebih banyak sekolah daif di seluruh negeri akan diselenggara dan diperbaiki.
“Kita bertuah dapat keistimewaan begini…kita bersyukurlah atas pengumuman bajet oleh perdana menteri kita,” katanya.
Beliau berkata pada masa ini, 30 buah sekolah daif sedang diselenggara dan dibaiki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dan dijangka siap pada Disember ini, bagaimanapun ia tidak termasuk dalam peruntukan RM1 bilion itu.