PH gesa siasat kemalangan kenderaan penjara bawa Anwar

PH gesa siasat kemalangan kenderaan penjara bawa Anwar

Ketiadaan siasatan boleh menyebabkan orang ramai membuat spekulasi mengenai kewujudan konspirasi, kata pemimpin PKR.

Johari-Abdul-anwar
KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) hari ini mempertikaikan ketiadaan siasatan oleh kerajaan mengenai kemalangan membabitkan kenderaan Jabatan Penjara ketika membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September lalu.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata berkata kemalangan itu adalah yang pertama dalam sejarah Anwar menjalani hukuman penjara, samnil menambah “ada sesuatu yang tak kena”.

Johari mempersoalkan bagaimana kenderaan Jabatan Penjara, ketika dalam perjalanan ke Penjara Sungai Buloh, boleh melanggar kenderaan yang membawa Anwar, sedangkan polis atau penjara mempunyai prosedur yang tersusun.

“Ada sesuatu yang tak kena,” katanya, sambil mengingatkan persepsi masyarakat mengenai kewujudan konspirasi.

Pada 22 September lalu, kereta dan van yang membawa Anwar pulang dari Hospital Kuala Lumpur terlibat dalam kemalangan pada jam 12.30 tengah hari di persimpangan trafik berdekatan Saujana Utama.

Anwar kemudian mengadu sakit belakang, dan dipercayai diberikan rawatan pihak penjara.

Johari berkata ketiadaan siasatan mengenai kemalangan membabitkan Anwar boleh menyumbang kepada spekulasi mengenai konspirasi.

Menurutnya, siasatan mendalam boleh “menjernihkan keadaan”.

Sementara itu, Sivarasa berkata tahap fizikal Anwar kini lebih teruk selepas kemalangan.

“Berdiri, duduk semua nampak dengan jelas dia dalam kesakitan berterusan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.