
Bukan semua orang suka atau memilih untuk makan makanan baharu apatah lagi yang pelik atau eksotik. Lazimnya kita lebih selesa dengan makanan harian biasa. Namun ramai lagi yang tidak teragak-agak mencuba makanan baharu. Bagi mereka mencuba makanan baharu itu sendiri satu cabaran, namun berapa jauh anda boleh mencuba sesuatu makanan?Teringat juga kepada rancangan televisyen berkonsepkan makanan, “Bizarre Foods” yang memperkenalkan makanan-makanan pelik dan luar biasa tetapi menjadi pilihan masyarakat setempat atau etnik tertentu.
Agak-agak kalau pengacara dan pengendali program itu, Andrew Zimmern ke Malaysia, apakah makanan yang akan diketengah sebagai “bizarre” (pelik)?
Ada makanan yang anda ingin syorkan? Tapi pastikan ia betul-betul pelik dan unik, atau mencabar untuk tekak orang asing. FMT Ohsem melayari beberapa makanan di Malaysia yang cukup “luar biasa” atau sekurang-kurangnya, dianggap unik dan baharu oleh orang lain.
Ikuti 10 pilihan makanan pelik di Malaysia pilihan FMT Ohsem!
1. Sup torpedo
Banyak program berasaskan makanan berbentuk vlog dari luar negara menamakan sup atau daging torpedo sebagai makanan yang pelik. Ini kerana torpedo iaitu batang pelir (zakar) lembu jantan itu sendiri dianggap sesuatu yang tidak dimakan kecuali bagi etnik atau budaya tertentu di dunia. Sup torpedo terdapat di hampir semua restoran mamak pada harga sekitar RM5 semangkuk. Sama ada diminum kosong atau nasi ataupun paling popular ialah dimakan dengan cicah pada roti bakar. Ia dikatakan makanan kuat untuk lelaki.
2. Ulat muong atau ulat sagu

Bagaimanapun pihak berkuasa agama Islam di Sarawak pernah mengeluarkan fatwa melarang umat Islam memakan ulat ini.
3. Beronok

4. Kaki ayam

5. Telur pindang
Walaupun berasal dari negara China, ia banyak dimakan di negeri Johor dan beberapa kawasan lain di bahagian selatan Malaysia. Lazimnya telur pindang diperbuat daripada telur ayam yang diproses mentah dengan herba sehinggalah ia mengubah warna kulit telur itu. Apa yang menjadikan telur ini pelik selain rasanya yang kaya herba ialah warna perang gelap isi dan perang cair kulitnya. Menariknya, merebus telur ini melibatkan masa panjang sehingga beberapa hari dan ia boleh tahan lama untuk dimakan, sekurang-kurangnya sehingga 2 minggu.
6. Paru lembu
Memanglah kita tak nampak pelik dengan menu makanan peparu daging lembu namun ia tetap pelik bagi orang luar. Ini kerana mana-mana organ dalaman haiwan secara umum dianggap tidak sihat untuk dimakan justeru amalan memakannya luar biasa. Biasa sangat kita melihat masakan paru, antaranya masak sambal tetapi banyak blogger dan portal menamakannya pilihan makanan yang pelik.
7. Buah-buahan goreng
Ia memang berbunyi pelik. Ok, cuba kita sebut macam ini, pisang goreng dan cempedak goreng, maka ia menjadi tidak pelik kan? Blogger dan vlogger luar negara sering mempersoalkan amalan “menggoreng” buah tetapi bagi kita tiada yang menghairankan. Malah, “mengahwinkan” buah dengan bahan makanan lain juga menjadi trend yang dianggap unik di luar, misalnya pisang goreng cheese, pisang goreng coklat, roti pisang dan sebagainya.
8. Lidah lembu
Bagi sesetengah orang, memang tak dapat hadamlah! Tetapi lidah lembu juga sebahagian makanan pelik yang dimasak dan dimakan oleh sebilangan rakyat Malaysia. Ia juga antara makanan yang sering dijual di restoran atau gerai makan mamak dan Melayu dan menjadi makanan kegemaran.
9. Belalang
Kalau anda ke Bachok, Kelantan jangan lupa mencuba makanan ini, belalang goreng yang rangup dan sedap. Walaupun pelik, makanan serangga yang dipercayai kaya protein ini dikatakan amat enak sehingga anda akan terus mengunyah. Salah satu cara masakan yang popular ialah ialah belalang goreng pedas yang kaya dengan daun kari. Sekali-sekala apa salahnya makan snek serangga, bukan? Tapi sanggup tak?
10. Haiwan eksotik
Tak boleh senaraikan seekor 2 kerana di Malaysia memang banyak makanan haiwan eksotik, tetapi pastikan anda dapatkan dari penjual yang mempunyai lesen kebenaran. Daripada landak, tupai, katak, buaya hinggalah ular, semuanya ada di sini. Makanan haiwan eksotik yang agak popular ialah seperti rendang landak di Sungai Besar, Selangor, tupai masak lada hitam di Gopeng, Perak, telur buaya di Tuaran, Sabah, daging telur penyu di Terengganu, belut dan sebagainya. Seram tak?