Guru minta bantuan kerusi roda untuk pelajar sentuh hati netizen

Guru minta bantuan kerusi roda untuk pelajar sentuh hati netizen

Video menunjukkan seorang pelajar perempuan Tingkatan 1 yang menghadapi kesukaran berjalan mungkin kerana kecatatan pada anggota badan kaki.

Guru-minta-bantuan-kerusi-roda-untuk-pelajar-sentuh-hati-netizen-malaysia
fmt-ohsem-inside-article1Tidak dapat dinafikan media sosial menjadi sumber komunikasi yang sangat efektif tidak kira dengan siapa sahaja, apatah lagi jika digunakan demi niat murni.

Samalah dengan niat seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi, Kuala Lumpur (SMKSB) yang menggunakan nama Cgu Yat di laman Facebook apabila beliau memuatnaik sebuah rakaman video anak muridnya yang berhadapan masalah berjalan.

Dalam rakaman video yang dikongsi beliau, dipaparkan seorang pelajar perempuan Tingkatan 1 berbangsa India menghadapi kesukaran berjalan mungkin kerana kecatatan pada anggota badan kaki.

Video itu menunjukkan dia terpaksa menggunakan bantuan seorang lagi pelajar untuk berjalan apatah lagi memanjat tangga untuk ke dewan sekolah.

Pelajar tersebut yang memperkenalkan diri sebagai Puvaneswari itu turut dipimpin seorang guru wanita yang menunjukkan keprihatinan dengan keadaan pelajar itu.

“Nanti cikgu usaha cari kerusi rodalah untuk kamu,” kata suara guru lelaki dalam video itu.

“Macam ni, saya nak masuk dalam alumni…

“Penat ye? Hari-hari macam ni…?

“Kerusi takde?… Kerusi roda takde?” soalnya kepada Puvaneswari yang mengakui belajar di kelas peralihan sekolah itu.

Guru yang kasihan dengan keadaan anak muridnya berkata akan cuba mendapatkan bantuan memperoleh kerusi roda dengan memuatnaik rakaman tersebut.

Menariknya, guru tersebut turut menyelitkan sebuah puisi situasi pelajar kurang upaya (OKU) yang juga anak kepada ibu tunggal, sekali gus menyayat hati para netizen sehingga ia dikongsi lebih 1,600 kali sejak dimuatnaik semalam.

“SMKSB PRIHATIN.
Wahai muridku,
Saban hari kau tertatih-tatih melangkah,
Walau setiap tapak terasa berat,
Kau kan tetap heret kakimu.
Terlihat bibirmu menahan getir,
Kau tetap lemparkan senyummu,
Setiap kali jika ada yang menyapamu,
Demi sebaris ilmu,
Kau gagahi jua.
Aku sedar betapa sekolahmu bangunannya,
Tidak bersahabat dgn kudratmu,
Kau pasrah,
Namun untuk menyerah kulihat tiada dalam dirimu.
Wahai para ALUMNI,
Wahai Abang2, kakak2
Wahai dermawan,
Ku ketuk pintu hiba di hatimu…
Hulurkanlah jariah kalian untuk sebuah kerusi
roda.
Ibu pelajar ini seorang ibu tunggal,
Tiada pekerjaan tetap.”

Netizen terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama memuji tindakan mulia guru itu selain segelintir lagi menawarkan diri memberi bantuan.

FMT Ohsem cuba menghubungi guru tersebut untuk mendapatkan maklumat susulan mengenai keadaan dan bantuan yang diperoleh oleh pelajar itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.