

Butik bernama Sefarra yang baru sahaja dibuka di Kota Bharu, Kelantan oleh usahawan bernama Farra Fareez didapati mengikut konsep, ilustrasi, cara pembungkusan, penyampaian dan kaedah pemasaran yang sebiji mengikut model jenama butik Sephora.
Berikutan itu ia dikecam netizen termasuk selebriti tempatan yang akui ia sebagai satu jenayah.
“They say imitation is the best form of flattery.
“But when it’s ‘Inspiration look’ copies more than 80% of the whole look and concept …. then. That’s a crime no?Your thoughts,” tulis Daphne Iking dalam Facebooknya.

Daphne mendakwa apabila lebih 80% imej dan konsep adalah tiruan, maka ia sejenis jenayah.
Sebelum ini beberapa jenama produk tempatan yang lain juga dikritik kerana meniru konsep, bungkusan dan malah ilustrasi jenama produk antarabangsa yang popular.

Antaranya termasuk doNut Scarves yang meniru idea dUCk Scarves dan rekaan pakaian tiruan dari pereka Jovian Mandagie dan produk Anas Cosmetic yang meniru tulisan jenama kosmetik Nars.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang tidak melihatnya sebagai satu masalah malah menerimanya sebagai jenama imitasi yang memberi tawaran lebih murah dan mampu milik.
Butik Sefarra baru dibuka pada 18 Oktober lalu dengan dihadiri selebriti seperti Nur Sajat, Hanez Suraya, Khairul Fahmi Che Mat, Ferra Rossa, MUA Farbhin, dan ramai lagi.
FMT Ohsem kongsi beberapa komen netizen yang mengecam dan menyokong langkah Sefarra meniru gaya jenama butik Sephora.
Jadi, apa pendapat anda pula?