Bandar Arab Saudi rancang anjur festival jazz

Bandar Arab Saudi rancang anjur festival jazz

Industri hiburan bakal menjadi 'normal baharu' di Arab Saudi, dalam usaha mengurangkan kebergantungan kepada eksport minyak.

keac
RIYADH:
Zon industri Arab Saudi merancang untuk menganjurkan festivcal jazz hujung tahun ini dalam usaha ke arah pelancongan dan hiburan, hasil reformasi ekonomi untuk menamatkan kebergantungan kepada eksport minyak.

Hiburan terbuka, termasuk muzik dan tarian, jarang berlaku di Arab Saudi kerana jenama Islam Wahabi negara itu. Pada Januari, bandar Jeddah menganjurkan konsert terbuka pertama negara itu sejak sedekad lalu, menampilkan muzik Arab.

Namun reformasi yang dilancarkan Putera Mahkota Mohammed Salman mengubah alam perniagan di negaranya. Putera berusia 32 tahun itu mengenalpasti pelancongan dan hiburan sebagai industri utama untuk dibangunkan kerana potensi menghasilkan pekerjaan.

Fahd Al Rasheed, ketua eksekutif Kumpulan Bandar Ekonomi Emaar (EEC), yang membangunkan Bandar Ekonomi Raja Abdullah (KAEC) di persisiran Laut Merah berdekatan Jeddah, berkata beliau mahu mengundang ahli muzik warga asing untuk bermain di festival jazz itu.

Rasheed berkata belum jelas sama ada peraturan visa sedia ada akan membenarkan kemasukan hadirin warga asing yang ramai pada festival itu nanti, namun beliau meramalkan permintaan tiket yang tinggi daripada warga Saudi.

“Ada permintaan yang besar untuk pertunjukan kebudayaan seperti ini,” katanya dalam wawancara pada Rabu di tepian persidangan antarabangsa yang mempromosikan Arab Saudi sebagai destinasi pelaburan.

Rancangan muzik jazz itu menandakan perubahan di KAEC sejak Putera Mahkota Mohammed melancarkan reformasi tahun lepas. Zon yang disokong kerajaan itu, yang menjadi kediaman kepada 7,000 orang, dilancarkan pada 2005 untuk menempatkan kilang pembuatan dan sebuah pelabuhan.

Pembuatan terus meningkat, kata Rasheed. Zon itu memiliki 120 pengendali industri, meningkat 10 pengendali setiap tahun. Daya pemprosesan pelaburan meningkat 14% lebih tinggi daripada tahun lalu kepada 821,694 TEU pada separuh tahun pertama 2017.

Zon itu ini menumpukan kepada pelancongan selepas membina kemudahan seperti padang golf dan sebuah marina. Pengunjung ke KAEC mencecah 300,000 setahun, meningkat daripada 170,000 tahun lepas dan 15,000 pada 2015.

KAEC, yang mempunyai 2 hotel, merancang untuk memiliki 10 hotel menjelang 2020. Tiga sedang direka dan perjanjian usaha sama sudah dimeterai untuk 2 buah lagi, kata Rasheed.

Menurut Rasheed, kerajaan bersetuju dengan strategi EEC dan syarikatnya bekerjasama dengan kementerian perumahan, suruhanjaya hiburan dan badan kerajaan lain dalam rancangan perniagaannya.

“Kalau kamu syarikat sektor swasta dan kamu tunggu harga minyak naik kembali supaya kamu boleh nikmati kehidupan normal, kamu membuat keputusan yang salah,” katanya mengenai langkah EEC ke arah hiburan.

“Inilah normal baharu.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.