
Dr Surin Pitsuwan, yang berkhidmat dari 2008 hingga 2012, berkata meraikan perbezaan antara negara anggota sama penting meraikan persamaan mereka.
“Bagaimanakah anda menjangkaui agama yang berbeza? Kita perlu amalkan mentaliti baharu dan menyedari yang semua komuniti agama pada satu tahap akan bercakap tentang perkara sama iaitu kebaikan hati dan kesedaran mengenai kemanusiaan,” kata Surin dalam ucapan dasar pada Dialog Integriti Asean 2017 di Institut Integriti Malaysia.
Tetapi menurut bekas menteri luar negeri Thailand itu, kebanyakan ahi komuniti agama terperangkap dalam simbolisme.
“Kita manusia, dan sebagai manusia kita makhluk yang tertarik dengan perlambangan,” kata intelektual Islam terkemuka itu.
“Terdapat satu ajaran Sufi yang berbunyi: apabila anda menuding jari ke arah bulan, anjing atau kucing anda akan meliihat jari itu tanpa menyedari ia sebenarnya menunjukkan sesuatu.
“Masalah kita adalah, kita sering bertengkar tentang simbol seperti gambaran neraka dan syurga sedangkan apa yang kita perlu sedar ialah walaupun sesetengah amalan mungkin berbeza, semua agama menganjurkan persama sama.”
Kata Surin, penyelesaiannya adalah mengadakan lebih banyak dialog terbuka menyentuh tentang perbandingan agama.
“Ramai ahli falsafah percaya yang ini adalah cara untuk maju ke hadapan. Mulakan dengan penyatuan nilai kemanusiaan, norma sejagat berkenaan apa yang baik dan tidak baik, sebagaimana kita semua bersetuju mencuri dan membunuh itu salah.
“Ini semua peraturan utama dianjurkan semua agama.”