Yusof Apdal bebas dengan ikat jamin SPRM

Yusof Apdal bebas dengan ikat jamin SPRM

Bagaimanapun beliau dikehendaki melaporkan diri ke pejabat SPRM sekali sebulan hingga kes selesai.

Yusof-Apdal2
KOTA KINABALU: Adun Lahad Datu Datuk Mohd Yusof Apdal yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 17 Oktober lalu dibebaskan hari ini.

Ketua Umno Bahagian Silam itu yang juga adik kepada bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu dibebaskan kira-kira 10.05 pagi dengan ikat jamin SPRM sebanyak RM100,000 dengan RM 50,000 deposit berserta 2 penjamin tempatan.

Perintah pembebasan itu dibuat Majistret Cindy Mc Juce Balitus selepas mendengar permohonan Pegawai Pendakwa SPRM Faliq Basiruddin.

Mohd Yusof direman 6 hari bermula 18 Oktober bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar mengikut Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

Bagaimanapun beliau dikehendaki melaporkan diri ke pejabat SPRM sekali dalam sebulan hingga kes selesai.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.