
Kalau jadi rakyat Malaysia, kita ada beberapa kriteria untuk menyempurnakan sifat itu. Ia boleh dianggap identiti untuk menjadi rakyat Malaysia yang sejati dan yang pasti, setiap daripada kita boleh dikaitkan dengan kriteria tersebut.Nak tahu apa kriteria itu, jom baca!
1. Timing Malaysia
Kalau kita ada kad jemputan menyatakan majlis akan bermula pada pukul 7 malam, maka kita boleh bajet ia akan bermula selepas pukul 8 malam. Tolonglah, dah zaman-berzaman kita buat perkara ini. Tuan rumah pun sedar perkara ini, mereka pun hanya akan memulakan majlis pada pukul 8.30 atau 9 malam. Malaysian timing ma…
2. Teh tarik lewat malam atau “yum cha” di kedai mamak
Mana lagi kita boleh ajak kawan-kawan pergi minum teh tarik pukup 12 tengah malam atau 2 pagi kalau bukan di Malaysia? Kalau sedang belajar dan musim peperiksaan atau tinggal serumah dengan rakan-rakan, rutin ini semacam wajib dilakukan, walaupun siap bawa buku, komputer riba ataupun telefon pintar.
3. Minta diskaun, lagi dan lagi
Daripada naik teksi, beli barang di pasar malam hinggalah beli kain di pasar borong, semuanya kita nak diskaun. Walau ke pasar raya harga tetap sekalipun, kalau dah jadi rakyat Malaysia, kita mesti nak cuba tuah dengan tanya, “Takde diskaun ke?” kepada jurujual yang bertugas. Waktu promosi pula, bila diberi diskaun 70%, kita mesti tanya “70% saja ke?” konon cuba kalau-kalau boleh tambah…

Jangan sebut perkataan “free” atau percuma, memang kita akan sapu habis kalau tak pun mesti mahu cuba, guna tak guna itu bukan masalah. Daripada mencuba makanan dan minuman (food tasting) di pasar raya hinggalah tawaran barangan percuma, kita pasti mahu mencuba. Ada yang terjerat apabila sanggup belanja membuta tuli semata-mata kerana satu pinggan mangkuk atau cawan percuma… aiyo yo..
5. Trafik jam, alasan paling umum
Tak kiralah kalau kita masih di atas katil, sedang mandi, baru nak hidupkan enjin kereta, kalau dah lambat, kita semua ada satu alasan yang “ever green”, “jem”! Berlakunya kesesakan jalan raya yang kerap atas pelbagai faktor, termasuk kalau ada tayar pecah tengah jalan. Senang sahaja untuk memberi alasan tersebut. Apatah lagi di jalan raya utama dan Persekutuan, sikit-sikit jem!
6. Pura-pura tak tahu kesalahan bila ditahan polis
Kita sedar kita tak pakai tali pinggang keselamatan, kita sedar cukai jalan kita dah tamat tempoh, kita sedar kita menggunakan telefon bimbit ketika memandu… Tetapi percayalah, bila kena tahan polis atau pihak berkuasa, kita akan buat tak tahu. “Kenapa encik, kenapa tahan saya? Eh, alamak, saya lupa/ Eh, sorry tuan saya tak perasan…” Betul tak?
7. Paling tak hormat papan tanda “Dilarang buang sampah”
Pantang ada papan tanda “Dilarang buang sampah” maka di situlah letaknya timbunan sampah sarap. Entah kenapa, bila disuruh jangan buat, di situlah kita nak tunjuk hero. Kalau ada papan tanda jalan “dilarang memotong”, waktu itulah kita tercabar dan mahu memotong. Ini baru betul-betul Malaysia!
8. Semua pekerja kedai mamak adalah “bos” atau “macha”
Tak kira siapapun, asal jumpa pekerja di restoran mamak, kita secara automatik panggil mereka dengan nama “bos” atau “macha”. “Bos, mi goreng satu”, “Macha, teh tarik kaw satu”, menjadi kelaziman ketika tempah makanan. Tahukah anda maksud sebenar ‘macha’?
9. Gunalah, sukalah, apalah…
Bila bercakap mesti kena ada perkataan “lah”, semacam dah lekatlah. Biarpun di luar negara, berbual dengan orang asing, secara tidak sengaja kita pasti akan menggunakan “lah” di penghujung perkataan, memudahkan orang kenal kita sebagai, “Hey, you must be Malaysian!”

Sikap adab ketimuran yang masih kaya dalam kalangan rakyat kita. Tidak kisah siapa sekalipun yang perlukan bantuan, niat untuk membantu itu pasti ada. Kalau tak bantu tu maksudnya kita ragu-ragu atau takut dengan pelbagai tipu helah orang tidak bertanggungjawab. Lazimnya, kita tak kisah membantu walaupun ia membabitkan masa, wang dan tenaga.