Seleweng RM1.5 bilion: ‘Datuk’ dipanggil beri keterangan

Seleweng RM1.5 bilion: ‘Datuk’ dipanggil beri keterangan

Ahli perniagaan itu dikatakan mempunyai sekurangnya-kurangnya 7 syarikat di bawah kawalannya, termasuk miliknya sendiri yang mendapat kontrak daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

sprm_men_6001
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini memanggil seorang ahli perniagaan bergelar “Datuk” bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah.

Menurut sumber, ahli perniagaan berkenaan dikatakan mempunyai sekurangnya-kurangnya 7 syarikat di bawah kawalannya, termasuk miliknya sendiri yang mendapat kontrak daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Selain 7 syarikat berkenaan, ahli perniagaan itu juga ada meminjam lesen daripada rakannya dengan membayar “involvement fee” sebanyak RM30,000 bagi setiap lesen.

“Tujuan peminjaman lesen adalah memenuhi tuntutan syarat kelayakan tender terhad, iaitu 10 syarikat bagi satu projek yang dipohon,” menurut sumber berkenaan.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan individu tersebut dipanggil untuk diambil keterangan, tetapi enggan mengulas lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.