
Ketua Wanita DAP Sabah, Jannie Lasimbang berkata, kejadian itu berlaku di pusat khidmatnya di Donggongon, kira-kira 8km dari sini, sekitar 1.30 tengah hari tadi.
“Saya syaki mereka yang melakukan ini berniat jahat. Jadi, kami membuat laporan polis di Balai Polis Penampang petang tadi,” katanya.
Jannie berkata, ketika kejadian, beliau tidak berada di pejabat itu, sebaliknya pengawal keselamatan yang berehat di pejabatnya sempat mengesan tindakan pelaku terbabit.
Katanya, pengawal keselamatan itu segera memeriksa premis itu selepas terhidu bau benda terbakar.
“Saya nampak sampul terbakar itu dan sekotak mancis yang diselit di bawah pintu utama pejabat,” kata pengawal keselamatan itu.
Sementara itu, Jannie berkata, pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga dan memberi kerjasama penuh kepada siasatan polis.