Kebakaran di Mid Valley paksa ribuan pengunjung keluar

Kebakaran di Mid Valley paksa ribuan pengunjung keluar

Tiada kecederaan dilaporkan akibat kebakaran yang dikatakan bermula dari kedai menjual makanan.

mid-valley2
PETALING JAYA: Beribu pengunjung hujung minggu Mid Valley Megamall dikerah meninggalkan pusat membeli belah itu petang ini selepas kebakaran dipercayai berlaku di tingkat bawah bangunan terbabit.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata kebakaran itu berjaya dikawal dalam masa kurang 20 minit.

Beberapa pengunjung memuat naik gambar dan klip video bagaimana pengunjung bergegas keluar meninggalkan pusat membeli-belah di tengah-tengah asap tebal dan bunyi penggera kebakaran.

Tiada maklumat mengenai punca kebakaran, tetapi dipercayai bermula dari kedai menjual makanan yang terletak di bahagian selatan pusat membeli-belah itu.

FMT bagaimanapun gagal mendapatkan maklumat lanjut daripada pengurusan pusat membeli-belah tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.