Benjy berdepan hukuman penjara 14 tahun di Indonesia

Benjy berdepan hukuman penjara 14 tahun di Indonesia

Benjy dipenjara 14 tahun dan didenda RM25,1012 selepas didakwa menyeludup dadah jenis methamphetamine melalui duburnya.

Khaeryll-Benjamin-Ibrahim-ditangkap-di-indonesia
PETALING JAYA: Pelakon Malaysia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, 38, berdepan hukuman penjara 14 tahun dan denda 800 juta rupiah (RM251,389) selepas didakwa menyeludup dadah jenis methamphetamine melalui duburnya, lapor The Jakarta Post.

Pada pendengaran pada Rabu, pendakwa Maria F Tarigan berkata Benjy didakwa melanggar Undang-Undang Narkotika 2009.

“Kami menuntut panel hakim memenjarakan tertuduh selama 14 tahun,” katanya semasa prosiding yang diketuai Hakim Wahyu Prasetyo Wibowo.

Selepas mendengar tuntutan pendakwa, Benjy berkata dia akan mengemukan pembelaan pada pendengaran minggu depan.

Dia ditangkap pegawai Kastam dan Eksais sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang, Sumatera Utara pada 18 April lalu.

Pegawai terbabit menjumpai 4.5 gram methamphetamine kristal yang dikenali sebagai sabu-sabu di dalam duburnya.

Benjy adalah anak bekas pelakon legenda Malaysia, Azean Irdawaty. Dia pernah berdepan pertuduhan berkaitan dadah di Malaysia termasuk mengedar sabu-sabu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.