
“Tidak ada gunanya jika mereka tidak tahu mengapa mereka mengundi atau tidak memahami kepentingan mengundi,” kata beliau mengulas pandangan Naib Pengerusi DAP M Kulasegaran.
Bercakap kepada FMT, beliau berkata di kalangan pemilih yang telah berdaftar, ramai memilih untuk tidak menggunakan hak bagi memilih anggota perundangan mereka.
“Semua orang perlu tahu kenapa pentingnya mengundi,” kata beliau.
Beliau berkata golongan belia kurang sedar bahawa undi mereka boleh membawa perubahan dalam cara negara ditadbir.
Cadangan Kulasegaran muncul susulan tinjauan di kalangan belia yang mendapati 70% responden tidak berminat dalam politik.
Beliau juga mencadangkan supaya pendaftaran pengundi dijadikan mandatori.
“Kita dapat melihat penyertaan tinggi dalam politik di kalangan golongan muda di negara-negara yang menurunkan usia untuk mengundi.
“Saya fikir penurunan usia pengundian akan mendorong lebih ramai anak muda untuk berani dan terlibat dalam politik.”