Tak perlu bincang individu keluar parti, kata Azmin

Tak perlu bincang individu keluar parti, kata Azmin

Menteri besar Selangor itu berkata, perjuangan perlu diteruskan oleh mereka yang komited dan masih berada dalam PKR.

mohd-taib-azmin

 

SHAH ALAM:
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali enggan ulas dakwaan Tan Sri Muhammad Muhd Taib semalam yang beliau menyertai Umno semula disebabkan pembangkang tidak memperjuangkan agenda Melayu.

Azmin berkata, tidak perlu memberi komen atau berbincang mengenai mana-mana individu yang meninggalkan parti.

“Orang datang dan pergi…yang penting perjuangan itu mesti dipertahankan. Yang tinggal itu harus komited dengan perjuangan dan saya yakin perjuangan ini mesti diteruskan,” kata menteri besar Selangor itu selepas mengadakan pertemuan dengan ketua kampung tradisi Selangor hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga presiden Umno mengumumkan Muhammad, 72, kembali ke pangkuan Umno selepas 5 tahun meninggalkan parti itu dengan menyertai PAS pada 2013 dan PKR, 2 tahun kemudian.

Bekas naib presiden Umno itu berkata, beliau merasakan perjuangannya bersama pembangkang, khususnya PKR kira-kira 5 tahun lalu sia-sia berikutan ketidakpedulian pembangkang untuk memperjuangkan agenda Melayu.

 

Bekas MB Selangor Muhammad Muhd Taib kembali sertai Umno

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.