DBKL tolak permit pesta arak di Solaris Damansara

DBKL tolak permit pesta arak di Solaris Damansara

Penganjuran "Better Beer Festival 2017" dibantah keras PAS yang turut menggesa para mufti segera mengeluarkan fatwa.

beer-festival3
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menolak permohonan penganjuran “Better Beer Festival 2017” yang dijangka diadakan 6-7 Oktober ini.

DBKL dalam kenyataannya berkata pihaknya menerima permohonan pihak penganjur pada 28 Ogos untuk menjalankan aktiviti tersebut di Solaris Damansara dari pukul 2.00 petang hingga 11.00 malam.

“Bagaimanapun, DBKL membuat keputusan menolak permohonan penganjuran aktiviti tersebut pada tarikh, masa dan tempat dinyatakan.

“Sekiranya pihak penganjur meneruskan aktiviti tersebut tanpa kebenaran DBKL, tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang sedia ada akan diambil,” kata kenyataan itu.

Penganjuran pesta itu sebelum ini dibantah keras PAS yang turut menggesa para mufti segera mengeluarkan fatwa dan pandangan khusus berhubung penganjuran aktiviti seumpama itu sebagai panduan dan arahan kepada kerajaan.

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.