
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, setakat ini, semua negeri sudah melafazkan dan menandatangani ikrar tersebut kecuali Selangor.
Menurutnya, ikrar tersebut penting untuk menunjukkan komitmen kerajaan mentabdir negeri tanpa rasuah dan salah guna kuasa.
“Kita masih menunggu bila mereka nak nyatakan sama ada nak buat atau tidak IBR.
“Saya yakin sehingga akhir tahun ini agensi kerajaan dan badan berkanun, pihak kementerian keseluruhannya akan mengadakan IBR,” katanya selepas merasmikan Kempen Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) dan 3J dengan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Terminal Bandar Tasik Selatan (TBS) hari ini.
Sementara itu, Dzulkifli berkata kadar rasuah mencatatkan penurunan dan berkata tindakan agresif SPRM akan diteruskan.
“Kita tidak akan berhenti. Hari ini ada lagi tangkapan, esok akan ada tangkapan. Kita tunggu sahaja,” katanya.