Halimah Yacob secara rasmi presiden wanita pertama Singapura

Halimah Yacob secara rasmi presiden wanita pertama Singapura

Walaupun dipilih melalui pilihan raya khas, Halimah Yacob menegaskan beliau presiden untuk semua rakyat Singapura.

Halimah-Yacob-singapore
SINGAPURA: Bekas speaker parlimen Singapura, Halimah Yacob, diisytiharkan presiden wanita pertama republik tu hari ini selepas pegawai pilihan raya mengumumkan beliau satu-satunya calon yang layak bertanding.

Pemerintah Singapura mendekrikan jawatan presiden, yang hanya jawatan istiadat, kali ini diberi kepada calon daripada masyarakat minoriti Melayu, bertujuan untuk memperkasakan keinklusifan dalam negara majmuk itu.

“Walaupun ini pilihan raya khas, saya bukan presiden khas,” kata Halimah dalam ucapannya di pejabat jabatan pilihan raya.

“Saya presiden untuk semua,” kata Halimah.

Pengalaman Halimah sebagai speaker dewan terus memberinya kelayakan bawah peraturan pencalonan.

Daripada 4 lagi calon lain, 2 adalah bukan Melayu dan 2 lagi tidak diberi sijil kelayakan, kata jabatan pilihan raya awal minggu ini.

Yusof Ishak adalah Melayu terakhir yang memegang jawatan presiden dan gambarnya menghiasi wang kertas negara itu.

Yusof memegang jawatan presiden antara 1965 sehingga 1970 iaitu selepas kemerdekaan Singapura ekoran penyatuan singkat dengan Malaysia. Bagaimanapun kuasa eksekutif dipegang Lee Kuan Yew, perdana menteri pertama Singapura.

Pemisahan Singapura dan Malaysia menjadikan Melayu majoriti di Malaysia, manakala kaum Cina membentuk majoriti di Singapura.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.