Kementerian Kesihatan terima permohonan maaf portal Singapura

Kementerian Kesihatan terima permohonan maaf portal Singapura

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihaknya menerima permohonan maaf berkenaan dengan hati terbuka.

subra
IPOH:
Kementerian Kesihatan menerima permohonan maaf daripada theindependent.sg, atau TISG berhubung penyiaran laporan tidak tepat mengenai kematian seorang warganegara Singapura baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihaknya menerima permohonan maaf berkenaan dengan hati terbuka.

“Hari ini portal itu dah minta maaf tentang apa yang disebarkan dan kalau mereka minta maaf kita ok sahaja.

“Selain itu berita yang disiarkan juga telah dikeluarkan daripada portal berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen MIC Negeri Perak ke-71 di sini, hari ini.

Hari ini, TISG menerusi notis di laman webnya menyatakan ia memohon maaf dengan sepenuh hati kepada pihak yang berkenaan susulan penderitaan dan kesedihan akibat daripada insiden itu.

Notis itu menggantikan artikel asal bertajuk “warga Singapura berusia 25 tahun meninggal dunia selepas hospital Malaysia menuntut bayaran tunai sebelum rawatan” yang disiarkan pada 31 Ogos.

Kementerian nafi hospital di Johor tangguh rawat lelaki Singapura

Portal berita Singapura mohon maaf, tarik balik laporan

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.