‘Hospital Sultanah Aminah antara hospital terbaik di Malaysia’

‘Hospital Sultanah Aminah antara hospital terbaik di Malaysia’

Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Jabatan Kecemasan HSA menunjukkan 97.6% persediaan ambulans dan tempoh respons segera kurang daripada 5 minit, manakala Zon Merahnya purata terima 600 kes sebulan.

Noor-Hisham-hsa
KUALA LUMPUR: Hospital Sultanah Aminah (HSA) antara hospital terbaik di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Jabatan Kecemasannya (ED) menunjukkan 97.6% persediaan ambulans dan tempoh respons segera kurang daripada 5 minit.

“Sejak Januari hingga Julai tahun ini, jabatan itu menerima 6,215 panggilan ambulans Tahap I (kes kecemasan kritikal). Selain itu, 67% daripada panggilan ambulans Tahap I mendapat respons dalam masa kurang 15 minit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, purata Zon Merah HSA menerima 600 kes sebulan (20 kes kritikal sehari) dengan 2,000 kes separa kritikal (66 kes sehari di Zon Kuning) dan lebih 10,000 kes bukan kritial di Zon Hijau.

“Jabatan Kecemasan mempunyai 10 pakar yang mengetuai sekumpulan 39 pegawai perubatan dan ahli paramedik serta profesional kesihatan lain yang bekerjasama rapat sebagai sebuah pasukan dengan menyediakan penjagaan pra hospital, di samping perkhidmatan perubatan kecemasan.”

Sementara itu, Dr Hisham berkata, HSA turut mempunyai Jabatan Neurosurgeri yang menjalankan 649 pembedahan besar dan 317 pembedahan kecil pada 2016.

Beliau berkata, hospital itu memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) pada 2016, apabila 99% daripada pesakit yang baru didiagnosis otak atau tumor tulang pada 2016, menjalani pembedahan elektif dalam masa kurang 3 bulan dan 100% daripada pesakit paediatrik menjalani pembedahan pengeluaran cairan celebrospinal (CSF) dengan selamat oleh pakar bedah saraf.

“Hari ini, semasa membuat semakan statistik bagi HSA, saya berbangga dengan hospital luar biasa dan berketahanan ini,” katanya.

Lelaki Singapura maut selepas hospital Johor minta bayaran sebelum dirawat

Kementerian nafi hospital di Johor tangguh rawat lelaki Singapura

Malaysia mahu Singapura ambil tindakan, portal berita mohon maaf

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.