
Ahli Jawatankuasa Pusat PSM Dr Michael Jeyakumar berkata, penduduk luar bandar akan kehilangan perkhidmatan pengeposan jika syarikat itu hanya memikirkan perniagaan.
Dr Michael Jeyakumar menyeru untuk penjelasan selepas The Malaysian Reserve melaporkan POS Malaysia sedang mempertimbangkan untuk mengecilkan 24,000 tenaga manusia sedia ada selepas menyedari bilangan itu “sukar diurus”.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) POS Malaysia Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh dipetik berkata saiz tenaga manusia mengehadkan kebolehan menjana keuntungan lebih besar walapun hasil lebih tinggi. Beliau mengakui syarikat itu sedang berunding terma pampasan dengan kesatuan sekerja.
Dr Jeyakumar berkata Shukrie kelihatan begitu prihatin menjana keuntungan seolah-olah lupa akan fungsi sosial POS Malaysia.
“Perkhidmatan pengeposan akan menjana keuntungan di bandar kerana kadar pusing ganti tinggi, tetapi membuka dan mengekalkan pejabat di pedalaman tidak efektif dari segi kos,” katanya. “Jika kamu lihat perkara ini dari segi perniagaan, kamu boleh menghentikan perkhidmatan kerana keuntungan diperoleh di sana tidak berbaloi dengan kos senggaraan.”
Beliau berkata perkhidmatan penting tidak patut diswastakan dari awal lagi, tetapi jika diswastakan, perlu ada kefahaman entiti swasta itu bukan wujud hanya untuk menjana duit.
Beliau berkata, hal ini membimbangkan jika POS Malaysia benar-benar memutuskan untuk menutup pejabat pedalaman kerana penduduk pedalaman lebih memerlukan perkhidmatan pengeposan daripada penduduk bandar.
“Untuk penduduk di kawasan itu, perkhidmatan pengeposan cara berkomunikasi yang sangat penting,” katanya.
Langkah mengecilkan saiz agak mengejutkan kerana hasil POS Malaysia meningkat beberapa tahun ini kebelakangan ini, daripada RM1.3 bilion bagi tahun kewangan 2013 kepada RM2.1 bilion pada tahun kewangan 2017.
“Perkhidmatan yang menjana keuntungan patut memsubsidikan kawasan pedalaman,” kata Dr Jeyakumar.