
Kapal USS John S McCain bertembung dengan sebuah kapal dagang berhampiran Singapura minggi ini, kemalangan ke-4 terbesar membabitkan angkatan laut AS tahun ini, membawa kepada siasatan meluas dan rancangan untuk menghentikan operasi buat sementara agar dapat menumpukan kepada keselamatan.
Kapal peluru berpandu pemusnah itu berlayar dalam lingkungan 12 batu nautika dari pulau buatan China di Laut China Selatan awal bulan ini, sebahagian daripada operasi kebebasan navigasi untuk melawan usaha China menguasai perairan itu, menurut AS.
Jeneral Terrence J O’Shaughnessy, yang berkunjung ke Malaysia dan negara lain di rantau ini minggu ini berkata kemalangan USS John S McCain tidak mengurangkan kebolehan ketenteraan yang AS ketengahkan di rantau ini.
“Kemalangan itu tidak menjejaskan operasi,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur.
“Kita akan berlayar dan terbang ke mana sahaja yang dibolehkan undang-undang antarabangsa.”
China tersinggung dengan operasi kebebasan navigasi AS berhampiran pulau yang dikuasai China, di mana China sedang menebus guna tanah, membina pangkalan udara dan meningkatkan kehadiran tenteranya.