Jangan percaya khabar angin, kata tenaga pengajar Unisel

Jangan percaya khabar angin, kata tenaga pengajar Unisel

Presiden persatuan berkata persepsi negatif akan memberi kesan kepada kebajikan universiti dan pelajarnya.

President-of-Unisel-academic-1-1
SHAH ALAM: Persatuan ahli akademik dan profesional Universiti Selangor (Unisel) menggesa orang ramai tidak mempercayai khabar angin dan spekulasi yang digembar-gemburkan mengenai institusi itu yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Presiden persatuan, Prof Dr Mohd Zaidi Hajazi di sidang media hari ini berkata persepsi negatif akan memberi kesan kepada kebajikan universiti, selain memberi tekanan kepada pelajar.

Beliau menasihati orang ramai yang mempunyai keraguan meminta penjelasan terus daripada universiti.

Zaidi juga menyuarakan sokongan persatuan itu kepada Naib Canselor Prof Datuk Mohd Redzuan Othman yang katanya, banyak menyumbang kepada pembangunan universiti.

Siasatan SPRM melibatkan pertikaian pembayaran antara Unisel dan bekas kontraktornya, Jana Niaga Sdn Bhd.

Selasa lepas, SPRM menyerbu pejabat Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor bagi menyiasat pertikaian kontrak membabitkan universiti itu dengan Jana Niaga dan dakwaan rasuah membabitkan jutaan ringgit.

Serbuan dan penggeledahan itu serentak dengan serbuan ke atas Unisel Bestari Jaya dan Shah Alam, dan pejabat Jana Niaga di Bestari Jaya dan Kuala Lumpur.

Unisel: SPRM bawa keluar 1 kotak dokumen dari pejabat MBI Selangor

Selepas Unisel, SPRM serbu pejabat SUK Selangor

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.