
IPOH: Polis hari ini mengesahkan menerima laporan daripada penganalisis dan penulis politik akhbar Tamil yang mendakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki di Buntong, Perak semalam kerana menulis beberapa artikel yang menyokong pemimpin pembangkang.
Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong dalam kenyataan berkata polis akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu.

Laporan itu menyebut 3 individu berketurunan India mendekati Muthukrishnan dan memakinya menggunakan kata-kata kesat supaya tidak lagi menulis artikel yang menyokong pemimpin pembangkang sebelum menumbuk muka mangsa sehingga berdarah.
Mangsa mengalami kecederaan di muka serta badan dan menerima rawatan di sebuah hospital di sini.