
Ini kerana DAP, yang menurut Najib akan menjadi kuasa dominan dalam Pakatan Harapan, tidak mengutamakan masyarakat luar bandar, katanya.
“Janganlah kita termakan dengan hasutan puak-puak yang satu lagi. Puak-puak satu lagi itu, yang akan jadi kuasa dominan, bukan muka yang ditonjolkan, tetapi DAP yang ada kuasa mutlak.
“DAP tidak ada keutamaan untuk masyarakat luar bandar,” katanya di Perhimpunan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKKP) & Anugerah Desa Perdana 2017, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Lebih 10,000 ahli JKKK dan JKKKP yang hadir pada perhimpunan itu.
Perdana menteri juga meminta masyarakat luar bandar agar berwaspada dengan maklumat dan cerita yang tersebar di media sosial.
“Kita mesti beritahu pada rakyat apa-apa berita disampaikan tolong selidik dulu. Kalau tidak kita lakukan kezaliman pada orang itu.
“Kita perlu bezakan pendapat dengan fakta realiti dalam konteks hari ini,” katanya.