
Presidennya, Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, usaha pemulihan terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin harus dilakukan segera.
“Saya harap perkara-perkara pemulihan sebegini, bagi saya sebagai 1 langkah pemulihan dapat menginsafkan mereka yang mendera.
“Dan pada masa yang sama, saya rasa usaha-usaha kepada mereka yang didera juga perlu difikirkan kaedah-kaedah yang terbaik,” kata beliau kepada FMT.
Beliau berkata demikian mengulas langkah Kemenerian Pendidikan yang menegaskan pelajar yang mempunyai masalah disiplin serius akan dihantar menjalani program pemulihan di penjara dan lokap tidak lama lagi.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah itu bertujuan memerangi gejala sosial di sekolah.
Mengulas lanjut, Mohamad berkata, Kementerian Pendidikan juga perlu menjelaskan tempoh masa pemulihan di penjara dan lokap terhadap pelajar yang mempunyai masalah disiplin itu.
“Itu perlu dimaklumkan dan diteliti. Berapa lama dihantar ke lokap dan penjara. Saya rasa itu bergantung kepada seriusnya atau tidak (isu) disiplin jenayah yang dilakukan,” kata beliau.
Mengulas isu sama, Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Bagi Pendidikan (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim berkata pihaknya tidak dapat menerima pelaksanaan angkah itu.
Bagaimanapun, katanya, pada masa ini langkah itu sahaja yang efektif dan pihaknya terpaksa akur dengan perkara berkenaan.
“Kita terpaksa akur sebab ada kes buli yang amat teruk. Saya rasa ini (bagi) kes yang teruk, yang tak ada harapan,” kata beliau.